Program Maxis eKelas

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Maxis eKelas ini telah dijalankan pada hari Sabtu iaitu 12 Januari 2019. Program Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital percuma selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Maxis eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menduduki peperiksaan kritikal seperti UPSR, PT3 dan SPM dengan memanfaatkan eKelas dan membantu mereka dalam persediaan mereka.

Program ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada para pelajar mengenai bagaimana eKelas boleh membantu mereka untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan secara atas talian. Di samping itu, para peserta juga diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun baru di portal eKelas iaitu ekelas.com.my. Selain itu, para peserta juga mempelajari cara penggunaan portal tersebut.

Ceramah berkaitan program ini telah disampaikan oleh En. Herman Mizar Azmi dan Pn. Jumiza Bt. Zudin wakil dari team Maxis eKelas. Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 20 orang pelajar. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali